Thursday, August 6, 2009

Cadangan Untuk Memberikan Rumah Teres 2 Tingkat Kepada Penduduk Kg Buah Pala

5 Ogos cadangan untuk memberikan rumah teres 2 tingkat kepada penduduk Kg Buah Pala bagi menyelesaikan isu tersebut bukanlah suatu penyelesai yang "menang-menang" seperti yang dilaungkan oleh TKM 2. Cadangan ini hanyalah memihak kepada penduduk sahaja sedangkan koperasi masih lagi mengalami kerugian dari segi wang ringgit dan maruah. Ia juga tidak adil kepada 11 buah rumah penduduk yang telah bersetuju menerima pampasan atau rumah. Keputusan ini juga "doudle standard" dan tidak mencerminkan kerajaan yang membela rakyat keseluruhannya. Pihak koperasi memandang serius perkara ini kerana anggota koperasi juga merupakan rakyat dan bukanya patung yang boleh dipermaikan.


Koperasi tidak akan bertolak ansur di dalam perkara ini kerana banyak pihak telah memburukan pihak koperasi di dalam situasi ini. Penduduk juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang telah menyingung perasaan anggota koperasi dengan kata-kata yang kurang elok dalam isu ini. Oleh itu tidak seharusnya koperasi bertolak ansur kerana isu ini sudah hampir ke penghujungnya.




2 comments:

  1. tak relevan..tak relevan..orang lain pun nak jugak woiii...sapa xmau rumah freee...pikiaq habehh...

    ReplyDelete
  2. yg jdi masaalh skrg krajaan negeri.tapak 336 adalh mahkamah negeri..kmudian tapak 668 adalah rumah pnduduk..tidak adakah tanah kosong yg lain untuk digantikan buat koperasi?mereka juga adalah rakyat yg mnghuni kampung buah pala sekian lama.. sbb tu kami protes.. yg koperasi ni nak sangat rampas tanah orang dah duduk lama knapa? pilih la hutan dan bangunkan..buat rumah... kampung buah pala adalah hak rakyat yg menetap disitu

    ReplyDelete