PULAU PINANG 30 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan lima penduduk Kampung Buah Pala untuk mengetepikan writ pemilikan tanah di situ oleh Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd. (KPKPP).
Hakim Datuk John Louis O'hara juga turut menolak dengan kos permohonan penduduk bagi penangguhan pelaksanaan writ itu.
Ia merupakan kali ketiga mahkamah menolak permohonan penduduk Kampung Buah Pala untuk mengetepikan writ pemilikan tanah itu.
Dalam keputusannya, John Louis berkata, plaintif gagal mengemukakan sebarang bukti kukuh untuk membolehkan mahkamah meluluskan permohonan mereka.
Plaintif, katanya, gagal mengemukakan hubung kait untuk membolehkan mahkamah meluluskan rayuan mereka.
Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang turut membuat keputusan sama iaitu menolak dengan kos permohonan lima penduduk Kampung Buah Pala untuk mengetepikan writ pemilikan tanah di situ oleh KPKPP.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Hidayat Md. Nor turut menolak permohonan penduduk untuk menangguhkan pelaksanaan writ pemilikan sementara menunggu rayuan selanjutnya berhubung perkara itu.
Pada 23 Julai pula, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sekali lagi menolak dengan kos rayuan penduduk Kampung Buah Pala mengenepikan writ pemilikan tanah di situ.
Sementara itu, peguam yang mewakili koperasi dan juga pemaju, Karin Lim Ai Ching berkata, dengan keputusan berkenaan diharapkan projek pembangunan tanah itu akan dapat diteruskan.
No comments:
Post a Comment