Tuesday, November 23, 2010

KURSUS PENDIDIKAN KOPERASI SIRI 1





22 November 2010 bertempat di Dewan Seminar Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perak Plaza Jalan Perak telah diadakan kursus pendidikan siri 1 kepada 45 anggota koperasi bertujuan untuk memantapkan jatidiri anggota koperasi terhadap koperasi.


Perserta kursus tersebut didedahkan dengan sejarah penubuhan Koperasi Pegawai Kerajaan Berhad, faedah-faedah yang terdapat dan juga program-program serta perancangan akan datang di dalam membangunkan lagi koperasi pada masa akan datang.


Pada majlis tersebut koperasi telah menjemput penceramah dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi membentangkan prinsip-prinsip koperasi, kepentingan koperasi dan tanggungjawab anggota terhadap koperasi.


Kesimpulannya kursus tersebut dapat mendedahkan maklumat koperasi kepada semua anggota terutamanya anggota yang baru bagi mewujudkan jatidiri dan semangat berkoperasi. Pihak koperasi akan meneruskan kursus tersebut bagi siri ke II iaitu pada 20 Disember 2010.

Saturday, October 23, 2010

Seminar Peraturan Peraturan ALK, JAD Dan Kakitangan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Ipoh 23 - 24 Oktober 2010 bertempat di Hotel Sri Malaysia Ipoh Perak diadakan Seminar Peraturan Peraturan ALK, JAD Dan Kakitangan Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Seminar tersebut dihadiri oleh semua ALK, JAD dan kakitangan koperasi bagi merumuskan dasar dasar koperasi, halatuju dan menkaji peraturan peraturan ALK, JAD dan kakitangan sedia ada kerana perubahan masa dan menjadikan koperasi lebih berdaya saing.

Hasil dari seminar tersebut dapat merumuskan satu hala tuju yg jelas bagi memantapkan sosioekonomi koperasi supaya lebih maju.

Monday, September 6, 2010

Penyerahan Zakat Koperasi



6 September 2010 bertempat di Pejabat Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang disempurnakan penyerahan wang zakat perniagaan koperasi RM 14000. Penyerahan tersebut atau majlis akad dilakukan sendiri oleh Pengerusi koperasi En. Abd Razak B. Mansor dan wakil PUZ.
Ini merupakan zakat bagi tahun 2009 dan juga merupakan tahun ke-3 pihak koperasi mengeluarkan zakat perniagaan.Ini selaras dengan perlaksanaan Pembiayaan secara islam yang dilaksanakan oleh pihak koperasi pada Mac 2010.
Harapan supaya perniagaan koperasi akan bertambah maju dan diberkati oleh allah s.w.t.