Tuesday, November 23, 2010

KURSUS PENDIDIKAN KOPERASI SIRI 1





22 November 2010 bertempat di Dewan Seminar Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perak Plaza Jalan Perak telah diadakan kursus pendidikan siri 1 kepada 45 anggota koperasi bertujuan untuk memantapkan jatidiri anggota koperasi terhadap koperasi.


Perserta kursus tersebut didedahkan dengan sejarah penubuhan Koperasi Pegawai Kerajaan Berhad, faedah-faedah yang terdapat dan juga program-program serta perancangan akan datang di dalam membangunkan lagi koperasi pada masa akan datang.


Pada majlis tersebut koperasi telah menjemput penceramah dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi membentangkan prinsip-prinsip koperasi, kepentingan koperasi dan tanggungjawab anggota terhadap koperasi.


Kesimpulannya kursus tersebut dapat mendedahkan maklumat koperasi kepada semua anggota terutamanya anggota yang baru bagi mewujudkan jatidiri dan semangat berkoperasi. Pihak koperasi akan meneruskan kursus tersebut bagi siri ke II iaitu pada 20 Disember 2010.