Saturday, October 31, 2009

EGM Khas Meluluskan Usul Bagi Membina 24 Unit Rumah Teres 2 Tingkat

31 Oktober 2009 anggota pewakilan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan usul bagi memenuhi kehendak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina 24 unit rumah teres 2 tingkat di dalam tanah hakmilik Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang.
Mesyuarat Khas tersebut diadakan di Hotel Bayview Georgetown Pulau Pinang pada jam 3.oo ptg dan berakhir pada 5.30 ptg.Anggota perwakilan sebulat suara memberi mandat bagi menyokong usul tersebut supaya projek tersebut dapat dijalankan. Walaubagaimanapun pihak perwakilan hanya bersetuju bagi membuat ubahsuai pelan untuk 24 unit rumah teres 2 tingkat sahaja dan tidak bagi lain lain perkara sekiranya berbangkit pada masa hadapan.
Sidang akbar diadakan pada jam 5.30 ptg bagi menjelaskan pada wartawan hasil dari mesyuarat khas tersebut.Pihak koperasi menegaskan akan memberikan keutamaan kepada 10 pemilik rumah di Kg Buah Pala yang telah bersetuju pindah pada awal dahulu dan mereka sedang menikmati sewa rumah Rm 750 yang ditawarkan oleh pemaju sehingga rumah ganti siap (rumah teres 2 tingkat).Ini adalah supaya adil untuk semua pihak.Terdapat juga 12 pemilik rumah Kg Buah Pala yang bersetuju dengan tawaran Kerajaan Negeri selepas itu juga ditawarkan dengan rumah teres 2 tingkat.Walaubagaimanapun terdapat lagi 12 pemilik rumah Kg Buah Pala yang masih berdegil untuk tidak menerima tawaran ini dan nasib mereka diserahkan kepada Kerajaan Negeri kerana pihak koperasi beranggapan kes ini telah selesai dan kerjasama penuh telah diberikan oleh koperasi.
Pihak koperasi berharap dengan keputusan ini akan berakhirlah masalah Kg Buah Pala dan semua pihak akan berpuas hati dengan keputusan ini.

Sunday, October 25, 2009

EGM Khas Bagi Menyelesaikan Permintaan Kerajaan Negeri

Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang(KPKPP) akan mengadakan Mesyuarat Agong Khas bagi menyelesaikan kemelut Kg Buah Pala. Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan mandat ahli perwakilan KPKPP berhubung cadangan Kerajaan Negeri untuk mengubah sebahagian pelan kebenaran merancang yang telah diluluskan bagi membina rumah teres 2 tingkat kepada penduduk Kg Buah Pala yang telah bersetuju untuk berpindah.
Mesyuarat tersebut akan di adakan pada 31 Oktober 2009, jam 3.00 ptg bertempat di Bayview Hotel Georgetown Pulau Pinang. Keputusan tersebut merupakan penentu kepada cadangan Kerajaan Negeri untuk memenuhi tuntutan penduduk kg tersebut.

Thursday, October 1, 2009

Kg Buah Pala: Guan Eng diminta dedah minit mesyuarat exco

Pemuda MIC meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya mendedahkan minit mesyuarat excoo negeri berhubung isu Kampung Buah Pala sejak setahun lalu.

'Ini akan membolehkan rakyat, terutama penduduk Kampung Buah Pala, untuk mengetahui setakat mana usaha kerajaan Pulau Pinang untuk menghalang perobohan kampung tersebut," kata Ketuanya, T Mohan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan negeri seharusnya berani mendesklasifikasikan semula minit mesyuarat tersebut untuk menunjukkan bahawa ia benar-benar mengamalkan CAT (Kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan) dan tidak bersembunyi di sebalik kerahsiaan.

"Ianya bukan persoalan sama ada kerajaan negeri sekarang telah memberi kelulusan tanah tersebut kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd atau kelulusan pembangunan kepada pemaju, atau mengeluarkan arahan mengusir penduduk kampung tersebut, tetapi keutamaannya ialah untuk mengetahui kebenaran berhubung usaha kerajaan negeri untuk menyelamatkan Kampung BUah Pala daripada dirobohkan," katanya.

Menurut Mohan lagi, Guan Eng tidak teragak-agak untuk mengklafikasikan semula minit mesyuarat exco kerajaan negeri sebelumnya pada Julai lalu, kerana ia menguntungkannya.

"Tetapi apabila ianya membabitkan kerajaan pimpinannya, beliau nampak keberatan untuk mendesklafikasikan semula minit mesyuarat exco - satu petanda jelas bahawa beliau menyembunyikan sesuatu.

"Tindakan Guan Eng itu umpama 'Udang di sebalik batu' di mana beliau ada sesuatu yang akan mendedahkan kelemahan kerajaannya yang beliau tidak berani mendedahkannya.

"Kita berpandangan bahawa kerajaan negeri sekarang tidak mesra rakyat dan bersembunyi di sebalik kerahsiaan untuk menipu rakyat melalui slogan kosong mereka," katanya.

Pemuda MIC juga menggesa Guan Eng berdebat dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bagi memberi peluang kepada rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut Mohan, kerajaan Guan Eng sentiasa menyalahkan kerajaan negeri sebelumnya, "tetapi apakah yang telah mereka lakukan untuk memastikan hak penduduk Kampung Buah Pala tidak terjejas".

Kampung Buah Pala seluas 2.6 hektar, dirobohkah pada 14 September lalu oleh syarikat pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk memajukannya melalui usahasama dengan pemiliknya, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sumber:Malaysiakini