Saturday, October 31, 2009

EGM Khas Meluluskan Usul Bagi Membina 24 Unit Rumah Teres 2 Tingkat

31 Oktober 2009 anggota pewakilan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan usul bagi memenuhi kehendak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina 24 unit rumah teres 2 tingkat di dalam tanah hakmilik Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang.
Mesyuarat Khas tersebut diadakan di Hotel Bayview Georgetown Pulau Pinang pada jam 3.oo ptg dan berakhir pada 5.30 ptg.Anggota perwakilan sebulat suara memberi mandat bagi menyokong usul tersebut supaya projek tersebut dapat dijalankan. Walaubagaimanapun pihak perwakilan hanya bersetuju bagi membuat ubahsuai pelan untuk 24 unit rumah teres 2 tingkat sahaja dan tidak bagi lain lain perkara sekiranya berbangkit pada masa hadapan.
Sidang akbar diadakan pada jam 5.30 ptg bagi menjelaskan pada wartawan hasil dari mesyuarat khas tersebut.Pihak koperasi menegaskan akan memberikan keutamaan kepada 10 pemilik rumah di Kg Buah Pala yang telah bersetuju pindah pada awal dahulu dan mereka sedang menikmati sewa rumah Rm 750 yang ditawarkan oleh pemaju sehingga rumah ganti siap (rumah teres 2 tingkat).Ini adalah supaya adil untuk semua pihak.Terdapat juga 12 pemilik rumah Kg Buah Pala yang bersetuju dengan tawaran Kerajaan Negeri selepas itu juga ditawarkan dengan rumah teres 2 tingkat.Walaubagaimanapun terdapat lagi 12 pemilik rumah Kg Buah Pala yang masih berdegil untuk tidak menerima tawaran ini dan nasib mereka diserahkan kepada Kerajaan Negeri kerana pihak koperasi beranggapan kes ini telah selesai dan kerjasama penuh telah diberikan oleh koperasi.
Pihak koperasi berharap dengan keputusan ini akan berakhirlah masalah Kg Buah Pala dan semua pihak akan berpuas hati dengan keputusan ini.

1 comment:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete