Saturday, October 31, 2009

EGM Khas Meluluskan Usul Bagi Membina 24 Unit Rumah Teres 2 Tingkat

31 Oktober 2009 anggota pewakilan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan usul bagi memenuhi kehendak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina 24 unit rumah teres 2 tingkat di dalam tanah hakmilik Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang.
Mesyuarat Khas tersebut diadakan di Hotel Bayview Georgetown Pulau Pinang pada jam 3.oo ptg dan berakhir pada 5.30 ptg.Anggota perwakilan sebulat suara memberi mandat bagi menyokong usul tersebut supaya projek tersebut dapat dijalankan. Walaubagaimanapun pihak perwakilan hanya bersetuju bagi membuat ubahsuai pelan untuk 24 unit rumah teres 2 tingkat sahaja dan tidak bagi lain lain perkara sekiranya berbangkit pada masa hadapan.
Sidang akbar diadakan pada jam 5.30 ptg bagi menjelaskan pada wartawan hasil dari mesyuarat khas tersebut.Pihak koperasi menegaskan akan memberikan keutamaan kepada 10 pemilik rumah di Kg Buah Pala yang telah bersetuju pindah pada awal dahulu dan mereka sedang menikmati sewa rumah Rm 750 yang ditawarkan oleh pemaju sehingga rumah ganti siap (rumah teres 2 tingkat).Ini adalah supaya adil untuk semua pihak.Terdapat juga 12 pemilik rumah Kg Buah Pala yang bersetuju dengan tawaran Kerajaan Negeri selepas itu juga ditawarkan dengan rumah teres 2 tingkat.Walaubagaimanapun terdapat lagi 12 pemilik rumah Kg Buah Pala yang masih berdegil untuk tidak menerima tawaran ini dan nasib mereka diserahkan kepada Kerajaan Negeri kerana pihak koperasi beranggapan kes ini telah selesai dan kerjasama penuh telah diberikan oleh koperasi.
Pihak koperasi berharap dengan keputusan ini akan berakhirlah masalah Kg Buah Pala dan semua pihak akan berpuas hati dengan keputusan ini.

Sunday, October 25, 2009

EGM Khas Bagi Menyelesaikan Permintaan Kerajaan Negeri

Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang(KPKPP) akan mengadakan Mesyuarat Agong Khas bagi menyelesaikan kemelut Kg Buah Pala. Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan mandat ahli perwakilan KPKPP berhubung cadangan Kerajaan Negeri untuk mengubah sebahagian pelan kebenaran merancang yang telah diluluskan bagi membina rumah teres 2 tingkat kepada penduduk Kg Buah Pala yang telah bersetuju untuk berpindah.
Mesyuarat tersebut akan di adakan pada 31 Oktober 2009, jam 3.00 ptg bertempat di Bayview Hotel Georgetown Pulau Pinang. Keputusan tersebut merupakan penentu kepada cadangan Kerajaan Negeri untuk memenuhi tuntutan penduduk kg tersebut.

Thursday, October 1, 2009

Kg Buah Pala: Guan Eng diminta dedah minit mesyuarat exco

Pemuda MIC meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya mendedahkan minit mesyuarat excoo negeri berhubung isu Kampung Buah Pala sejak setahun lalu.

'Ini akan membolehkan rakyat, terutama penduduk Kampung Buah Pala, untuk mengetahui setakat mana usaha kerajaan Pulau Pinang untuk menghalang perobohan kampung tersebut," kata Ketuanya, T Mohan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan negeri seharusnya berani mendesklasifikasikan semula minit mesyuarat tersebut untuk menunjukkan bahawa ia benar-benar mengamalkan CAT (Kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan) dan tidak bersembunyi di sebalik kerahsiaan.

"Ianya bukan persoalan sama ada kerajaan negeri sekarang telah memberi kelulusan tanah tersebut kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd atau kelulusan pembangunan kepada pemaju, atau mengeluarkan arahan mengusir penduduk kampung tersebut, tetapi keutamaannya ialah untuk mengetahui kebenaran berhubung usaha kerajaan negeri untuk menyelamatkan Kampung BUah Pala daripada dirobohkan," katanya.

Menurut Mohan lagi, Guan Eng tidak teragak-agak untuk mengklafikasikan semula minit mesyuarat exco kerajaan negeri sebelumnya pada Julai lalu, kerana ia menguntungkannya.

"Tetapi apabila ianya membabitkan kerajaan pimpinannya, beliau nampak keberatan untuk mendesklafikasikan semula minit mesyuarat exco - satu petanda jelas bahawa beliau menyembunyikan sesuatu.

"Tindakan Guan Eng itu umpama 'Udang di sebalik batu' di mana beliau ada sesuatu yang akan mendedahkan kelemahan kerajaannya yang beliau tidak berani mendedahkannya.

"Kita berpandangan bahawa kerajaan negeri sekarang tidak mesra rakyat dan bersembunyi di sebalik kerahsiaan untuk menipu rakyat melalui slogan kosong mereka," katanya.

Pemuda MIC juga menggesa Guan Eng berdebat dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bagi memberi peluang kepada rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut Mohan, kerajaan Guan Eng sentiasa menyalahkan kerajaan negeri sebelumnya, "tetapi apakah yang telah mereka lakukan untuk memastikan hak penduduk Kampung Buah Pala tidak terjejas".

Kampung Buah Pala seluas 2.6 hektar, dirobohkah pada 14 September lalu oleh syarikat pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk memajukannya melalui usahasama dengan pemiliknya, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sumber:Malaysiakini

Monday, September 14, 2009

SEBUAH BENGKEL BARANGAN LUSUH DI ROBOHKAN OLEH JENTOLAK



Sebuah jentolak milik pemaju merobohkan bengkel barangan lusuh di Kg Buah Pala.Walaubagaimanapun usaha itu terhenti akibat bantahan penduduk dengan alasan mereka akan merobohkan sendiri bengkel itu.
Bengkel tersebut terletak di hadapan sebuah rumah keluarga persatuan penduduk.

PENDUDUK KG BUAH PALA AKHIRNYA AKUR DENGAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG


4 Sept 2009 pemaju bersama dengan pihak mahkamah masuk ke kg Buah Pala bagi mendapatkan pemilikan kosong ke atas tanah tersebut bagi tujuan pembangunan. Sebanyak 11 buah rumah bersetuju untuk berpindah dengan pampasan dan baki 12 buah rumah lagi masih berdegil untuk membuat tuntutan yang tidak munasabah.
Walaubagaimanapun pada hari ini pihak mahkamah dan pemaju akan mengosongkan keseluruhan rumah tersebut bagi tujuak pembangunan kerana perkara ini telah lama tertangguh dan merugikan pemaju. Sekiranya kerja-kerja meroboh tidak dapat disiapkan pada hari ini kemungkinan akan bersambung pada keesokan hari.

Tuesday, August 25, 2009

PERBICARAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN 11 MEI 2009

Tetuan Darshan Singh & Co mengfailkan pendengaran semula keputusan mahkamah rayuan 11 Mei 2009 yang akan dibicarakan di mahkamah persekutuan putrajaya pada 26 Ogos 2009.

Wednesday, August 19, 2009

PENDUDUK KG BUAH PALA DIARAHKAN KOSONGKAN TANAH (KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN 21 OGOS 2009)

21 Ogos 2009 Mahkamah persekutuan tetap dengan keputusannya pada 24 jun 2009 supaya penduduk mengosongkan tanah milik Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Kg Buah Pala bagi tujuan pembangunan.
Penduduk kg tersebut tidak ada lagi pilihan melainkan berpindah dan akur dengan tuntutun mahkamah dan undang-undang negara.1 september 2009 adalah tarikh ahkir supaya penduduk mengosongkan premis masing-masing selaras dengan penjajian yang telah dipersetujui oleh penduduk bersama Ketua Polis Daerah Timur Laut dan disaksikan oleh peminpin Makkal Sakti pada 13 ogos 2009 bertempat di Kg Buah Pala.

Thursday, August 6, 2009

Cadangan Untuk Memberikan Rumah Teres 2 Tingkat Kepada Penduduk Kg Buah Pala

5 Ogos cadangan untuk memberikan rumah teres 2 tingkat kepada penduduk Kg Buah Pala bagi menyelesaikan isu tersebut bukanlah suatu penyelesai yang "menang-menang" seperti yang dilaungkan oleh TKM 2. Cadangan ini hanyalah memihak kepada penduduk sahaja sedangkan koperasi masih lagi mengalami kerugian dari segi wang ringgit dan maruah. Ia juga tidak adil kepada 11 buah rumah penduduk yang telah bersetuju menerima pampasan atau rumah. Keputusan ini juga "doudle standard" dan tidak mencerminkan kerajaan yang membela rakyat keseluruhannya. Pihak koperasi memandang serius perkara ini kerana anggota koperasi juga merupakan rakyat dan bukanya patung yang boleh dipermaikan.


Koperasi tidak akan bertolak ansur di dalam perkara ini kerana banyak pihak telah memburukan pihak koperasi di dalam situasi ini. Penduduk juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang telah menyingung perasaan anggota koperasi dengan kata-kata yang kurang elok dalam isu ini. Oleh itu tidak seharusnya koperasi bertolak ansur kerana isu ini sudah hampir ke penghujungnya.




Tuesday, August 4, 2009

Operasi Perobohan Dihalang Oleh Penduduk

4 Ogos pihak tuan tanah dan pemaju sekali lagi dihalang bagi menjalan perintah mahkamah untuk merobohkan baki rumah penduduk Kg Buah Pala yang degil untuk berpindah setelah tempoh sebulan 2 julai 2009 hingga 2 ogos 2009.

Tindakan ini merupakan satu pencabulan kepada undang-undang kerana mahkamah telah membuat keputusan bahawa tanah lot 698 Kg Buah Pala adalah milik koperasi.Penduduk juga telah mengambil tindakan undang-undang tetapi sebaliknya tidak menghormati perintah mahkamah sehingga proses pemilikan kosong sukar dilakulan.

Walau bagaimanapun pihak koperasi tidak akan berputus asa bagi mendapat hak terhadap tanah tersebut.Pihak koperasi menghormati arahan ketua polis supaya menangguhkan operasi pada hari ini kerana terdapat rayuan di mahkamah persekutuan pada 18 ogos 2009.Rayuan tersebut hanya pada sebuah rumah sahaja dan operasi itu akan diteruskan juga pada masa hadapan.

Monday, August 3, 2009

Sidang Akbar Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang

2 Ogos 9.15 mlm Bayan Baru Pulau Pinang Koperasi Kerajaan Negeri telah mengadakan sidang akbar tergempar berkenaan tanah Kg Buah Pala. Pengerusi En. Abdul Razak B. Mansor sekali lagi mengatakan tidak akan menerima cadangan kerajaan negeri yang tidak menguntungkan koperasi sebaliknya menguntungkan pihak penduduk.
Beliau juga memaklumkan bahawa anggota koperasi juga tidak bersetuju dengan cadangan itu semasa pertemuan tidak rasmi di Bayan Baru dan menegaskan akan terus menegakkan kebenaran kerana pihak koperasi berana di landasan yang benar dan mengikut undang-undang. Tanah tersebut juga tidak akan diserahkan kepada mana-mana pihak kerana ia merupakan hakmilik koperasi dan hak semua anggota koperasi yang berjumlah 3500 orang. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah seramai 300 orang anggota koperasi dan semua anggota lembaga pengarah bagi memberi sokongan kepada koperasi.

Anggota Koperasi Tidak Setuju Cadangan Kerajaan Negeri


2 Ogos 8.30 mlm pihak koperasi telah mengadakan pertemuan dengan hampir 300 orang anggota koperasi di restoran ikan bakar Gold Coast Bayan Baru, Pulau Pinang. Dalam pertemuan tidak rasmi tersebut anggota sebulat suara tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan tanah milik Koperasi sebagai petempatan penduduk Kg Buah Pala bagei mendirikan rumah teres 2 tingkat untuk mereka.
Anggota koperasi tidak sesekali menerima cadangan yang tidak menguntungkan koperasi sebaliknya menguntungkan pihak penduduk kerana ini bukan kaedah menang-menang seperti diuckapkan ole TKM2 dlm sidang akbar yang lepas.
Hasil dari pertumuan tersebut koperasi akan membuat Mesyuarat Agong Khas bagi membincangkan isu ini dalam masa terdekat ini.

Friday, July 31, 2009

Writ saman penduduk Kg. Buah Pala ditolak (rayuan ke 3)

PULAU PINANG 30 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan lima penduduk Kampung Buah Pala untuk mengetepikan writ pemilikan tanah di situ oleh Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd. (KPKPP).

Hakim Datuk John Louis O'hara juga turut menolak dengan kos permohonan penduduk bagi penangguhan pelaksanaan writ itu.

Ia merupakan kali ketiga mahkamah menolak permohonan penduduk Kampung Buah Pala untuk mengetepikan writ pemilikan tanah itu.

Dalam keputusannya, John Louis berkata, plaintif gagal mengemukakan sebarang bukti kukuh untuk membolehkan mahkamah meluluskan permohonan mereka.

Plaintif, katanya, gagal mengemukakan hubung kait untuk membolehkan mahkamah meluluskan rayuan mereka.

Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang turut membuat keputusan sama iaitu menolak dengan kos permohonan lima penduduk Kampung Buah Pala untuk mengetepikan writ pemilikan tanah di situ oleh KPKPP.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Hidayat Md. Nor turut menolak permohonan penduduk untuk menangguhkan pelaksanaan writ pemilikan sementara menunggu rayuan selanjutnya berhubung perkara itu.

Pada 23 Julai pula, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sekali lagi menolak dengan kos rayuan penduduk Kampung Buah Pala mengenepikan writ pemilikan tanah di situ.

Sementara itu, peguam yang mewakili koperasi dan juga pemaju, Karin Lim Ai Ching berkata, dengan keputusan berkenaan diharapkan projek pembangunan tanah itu akan dapat diteruskan.

Tuesday, July 28, 2009

Koperasi tekad tidak akan serah Kg. Buah Pala

PULAU PINANG 27 Julai - Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd., pemilik tanah seluas 2.6 hektar di Kampung Buah Pala, hari ini menyifatkan tindakan kerajaan negeri menarik balik kelulusan pelan pembangunan di tapak itu sebagai satu bentuk ugutan.

Pengerusinya, Abdul Razak Mansor berkata, pihaknya tidak akan mengalah dengan ugutan itu dan akan mencari jalan untuk meneruskan hasratnya untuk membangunkan kawasan berkenaan demi kepentingan anggotanya.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan yang memberikan hak tanah itu kepada koperasi berkenaan adalah kekal dan semua pihak harus menghormatinya.

Ketika dihubungi Bernama di sini, katanya, koperasi itu tidak bersetuju terhadap sebarang tindakan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd. untuk berkompromi dengan kerajaan negeri dan setakat ini pendirian itu kekal.

“Jika perlu, kita akan mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap mana-mana pihak yang cuba menghalang pembangunan di tanah yang kami perolehi secara sah itu dan sebarang tindakan akan mengambil kira keadaan selepas 2 Ogos ini,” katanya. - Bernama

Koperasi enggan serah balik Kampung Buah Pala

PULAU PINANG 27 Julai - Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang (KPKPP) selaku pemilik tunggal tanah Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini bertegas tidak akan menyerahkannya kepada mana-mana pihak.

Pengerusinya, Abdul Razak Mansor menegaskan, pihaknya tidak pernah terlintas untuk membuat keputusan seumpama itu dan ia adalah muktamad kerana tanah diperoleh mengikut proses undang-undang yang sah.

Menurutnya, Koperasi sudah pun membuat perjanjian dengan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd. (Nusmetro) bagi membangunkan kawasan itu dan sekiranya kelulusan pembangunan dibatalkan, mereka akan membiarkan tanah itu kosong.

''Apa sekali pun terjadi, keputusan kami adalah muktamad iaitu tanah milik KPKPP tidak akan diserahkan kepada sesiapa sekali pun, kami hendak dapat pun susah, tak kan nak beri balik pula.
''Permohonan pihak kami ke atas tanah itu juga dibuat berdasarkan kertas cadangan diserahkan kepada kerajaan negeri dan bukan dibeli untuk kepentingan peribadi," tegas beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mencadangkan supaya sebahagian tanah seluas 2.6 hektar diberi kepada penduduk Kampung Buah Pala seperti dilaporkan pada Jumaat lalu.

Pada masa yang sama, Abdul Razak menegaskan, KPKPP juga tidak akan melayan sebarang permintaan daripada kerajaan negeri untuk mengadakan rundingan bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sebelum ini, pihaknya pernah menghantar surat untuk bertemu dengan Ketua Menteri dan juga timbalannya, Mansor Osman bagi mencari penyelesaian masalah itu, namun tidak dilayan.

''Sampai sekarang kami tidak pernah menerima maklum balas daripada mereka untuk berjumpa dan berbincang sedangkan kami adalah pemilik tunggal tanah di situ," katanya

Thursday, July 23, 2009

Kenyataan fitnah


Kenyataan menyebut Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2004 telah meluluskan penjualan tanah kepada kroni dengan harga di bawah harga pasaran iaitu RM 6.42 juta dan telah diberi diskaun 50% iaitu RM 3.21 juta.

Pemberimilikan tanah Kg Buah Pala kepada Koperasi adalah bagi mengantikan tanah milik koperasi di lot 338 telah diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri atas faktor keperihatinan. Maka tidak wajar perkara ini dikatakan kroni kerana kerajaan pada masa tersebut begitu perihatin dengan gerakkan koperasi berbanding dengan kerajaan sekarang yang kurang membantu gerakan koperasi.

Pemilihan Nusmetro Venture Sdn. Bhd sebagai pemaju bagi pembangunan Kg Buah Pala adalah dibuat oleh mesyuarat agong khas koperasi dan bukan ditentukan oleh kerajaan pada masa tersebut. Pihak koperasi begitu terkilan dengan beberapa kenyataan yang tidak benar dan boleh menjejaskan imej koperasi.Koperasi tiada niat untuk bermusuhan dengan mana-mana pihak dan harapan koperasi agar perkara ini diselesaikan dengan adil.

Suara Keadilan 14-21 Julai 2009


Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi b. Yusof berkenaan koperasi menjual tanah Kg Buah Pala kepada pemaju Nusmetro Venture Sdn. Bhd dengan harga Rm10 sekaki persegi berbanding Rm80-Rm100 sekaki persegi adalah tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.

Memang benar tanah tersebut tidak mengikut harga pasaran dan ia lebih kepada anugerah kepada koperasi bagi meningkatkan ekonomi dan mengantikan tanah lot 336 (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang). Sekiranya tanah tersebut mengikut harga pasaran mana mungkin pemaju dapat menyediakan rumah kos sederhana rendah(LMC) 650kp (249 unit) dan rumah kos sederhara 700kp (491 unit) untuk rakyat negeri PulauPinang. Sekiranya harga tanah mahal sudah tentu harga rumah akan melambung tinggi dan rakyat yang berpendapatan rendah sukar untuk memiliki rumah tersebut.

Koperasi merupakan tuan tanah yang telah menjalankan projek usahasama dengan Nusmetro Venture Sdn. Bhd dan bukannya menjual tanah lot 698 kepada pemaju seperti yang dimaksudkan. Bukti menunjukkan geran adalah nama Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang sebagai pemegang hakmilik sementara bagi lot 698.
Beliau juga mengeluarkan fakta yang tidak benar dengan menyatakan pemberimilikan tanah kepada koperasi adalah sebuah badan yang diketogerikan tidak boleh menjana pendapatan (Non-income generating). Ini merupakan suatu kenyataan yang tidak merujuk kepada fakta kerana koperasi merupakan penyumbang 1% kepada KDNK negara pada tahun 2008.Pada tahun 2013 SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) mensasarkan 4% kadar sumbangan kepada KNDK negara.

Keuntungan daripada pembangunan projek tersebut boleh disalurkan melalui dividen kepada anggota dan merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri Pulau Pinang penjualan rumah LMC dan sederhana kepada rakyat.Ini merupakan suatu yang menguntungkan kerajaan negeri yang dipimpin pakatan rakyat.

Beliau juga harus sedar bahawa anggota koperasi juga mempunyai jumlah yang ramai iaitu 3500 orang dan sudah tentu perkara ini tidak akan dibiarkan oleh anggota sekiranya keadilan tidak ditegakkan dengan betul. Janganlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Ia bukan sahaja merosokan kelambu tetapi rumah juga turut terbakar.

Lot 336, Seksyen 19, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut



Bangunan ini adalah bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di atas lot 336 Seksyen 19, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut yang telah diberimilik kepada pihak koperasi pada 1998 dgn premium RM 5,793,999.00.

Pada 2001 atas keperihatinan koperasi kepada kerajaan negeri, pihak koperasi bersetuju menyerahkan semula tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri kerana kerajaan negeri menghadapi masalah untuk membesarkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Kerajaan negeri pada ketika itu bersetuju untuk mengantikan semula dengan tanah lain. Kerajaan negeri pada masa tersebut telah bersetuju untuk menyerahkan tanah lot 698, Bandar Gelugor, DTL kepada koperasi bagi tujuan pembangunan.

Pihak koperasi selama ini membuat keputusan untuk berdiam diri bagi menghormati peduduk Kg Buah Pala sehingga kes mahkamah selesai. Walaubagainapun isu ini telah diperbesarkan dan telah menjadi isu nasional dan bermacam-macam prasangka buruk terhadap koperasi telah dilemparkan oleh pelbagai pihak.
Oleh itu pihak koperasi terpaksa menjawab segala tuduhan bagi membersihkan imej Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merupakan koperasi tertua di negeri ini dan telah banyak membuat sumbangan kepada negeri amnya dan anggota khususnya.
Pihak koperasi menyeru gerakan koperasi seluruh negara memberikan sokongan moral kepada kami untuk meneruskan projek pembangunan di Kg Buah Pala.


Rayuan Saman Tetuan Darshan Singh & Co


Yang Arif Tuan John O’Hara telah menolak rayuan yang telah dibuat oleh Tetuan Darshan Singh & Co terhadap keputusan mahkamah yang dibuat oleh Timbalan Pendaftar mahkamah tinggi pada 16 julai 2009.

Keputusan telah dikeluarkan oleh hakim pada jam 3.00 petang 23 julai 2009. Alhamdulilah syukur kerana semua perkara telah dapat diselesaikan dengan baik.

Tuesday, July 21, 2009

KRONOLOGI PEMBANGUNAN KG BUAH PALA


1997
Pihak Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon tanah kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas Lot 336, Seksyen 19, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, seluas 27,116 kp @ 2,519.13 m2.

17/7/1998
Pihak Berkuasa Negeri pada 1/7/1998 dan disahkan pada 8/7/1998 telah meluluskan pemberian milik tanah kerajaan kepada koperasi dengan bayaran premium sebanyak 5,793,999.00.


Pada 25 Ogos 1998 surat daripada pejabat tanah dan daerah timur laut, pulau pinang menghantar surat kelulusan pemberian milik tanah kerajaan kepada koperasi. Beberapa siri surat susulan menyatakan hasrat rayuan mengurangkan premium tanah sejumlah RM5,793,999.00 pada 21 Okt, 1998, 7 Jan, 1999 dan 9 Sept, 1999.

11/07/2001
Pihak Berkuasa Negeri mohon semula tanah yang telah diberikan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana untuk membangun Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Negeri Pulau Pinang menghadapi masalah tidak mencukupi tanah untuk tujuan pembinaan.

Dalam masa yang sama minit mesyuarat exco memberitahu pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menggantikan tanah tersebut dengan tanah lot 698, Bandar Gelugor, DTL, seluas 2.630 hektar(6.5 ekar) untuk tujuan pembangunan Perumahan sebagai menggantikan Lot 336, Seksyen 19, Bandar Georgetown.

Mei 2003
Sekitar tahun 2001 juga Koperasi memohon tanah kerajaan iaitu lot 698, Bandar Gelugor, DTL untuk tujuan pembangunan.
Lot 698 Bandar gelugor adalah pecahan dari Lot 209(3) akibat dari pengambilan yang dibuat oleh kerajaan untuk tujuan perumahan. Tanah tersebut dipecahkan kepada 1000 lot untuk tujuan perumahan dan bakinya menjadi lot 698 dengan keluasan 6.5 ekar.

Pihak pejabat Daerah memohon butir-butir cadangan pembangunan ke atas tanah tersebut.

Julai 2003
Kertas cadangan pembangunan tanah dimajukan kepada Pejabat Tanah & Galian Negeri Pulau Pinang menerusi Pejabat Tanah Dan Daerah Timur Laut, P.Pinang.

Mac 2004
Menyampaikan hasrat untuk membangunkan tanah tersebut oleh Koperasi secara usahasama dan tidak secara penswastaan dengan Kerajaan Negeri (UPEN)

23/8/2004
Mengikut bancian yang dibuat oleh pejabat DTL pada 23, 24 dan 25 Ogos 2004, seperti beirikut:-
42 buah rumah ( 32 ada tol )
85 keluarga
76 India & 9 Melayu
India seramai 307 orang dan Melayu 35 orang

27/9/2004
Pada 27 September 2004 koperasi terima surat kelulusan pemberimilikan daripada pej. Tanah dan DTL, Pulau Pinang.

Kelulusan tanah diperolehi tetapi ditangguhkan oleh Exco kerana permintaan ADUN kawasan tersebut atas alasan setinggan(pemegang tol)

12/7/2005
Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah terima surat kelulusan daripada Pejabat

Lesen pendudukan sementara telah dibatalkan dan pembayaran sambung tempoh lesen LPS dihentikan sejak tahun 2006

5/2/2007
Sehingga
29/8/2007

(i) Surat-surat notis mengosongkan premis/tanah telah dihantarkan kepada semua penghuni tapak di Lot 698 seperti dibawah:


(ii) Surat/Notis pertama pada 5/2/2007 dengan hanya 8 penghuni tapak yang menerima notis yang bakinya enggan terima ( dilampirkan bersama surat tawaran.)


(iii) Surat notis kedua pada 30/5/2007 ( dilampirkan bersama surat tawaran)
( surat notis diterima oleh wakil Pengerusi JKKK/MIC)

Surat/Notis ketiga pada 29 Ogos 2007
( 19 terima dengan tandatangan bukti terima)
7 terima tapi enggan tandatangan bukti terima
6 ditampal di pintu rumah dan 10 enggan terima dan dimasukkan ke
Dalam peti surat )

12/12/2007 hingga 12/5/2008
Notis “mention” di Mahkamah Tinggi telah dibuat oleh penghuni-penghuni Lot 698, Bukit Gelugor diadakan pada tarikh-tarikh seperti berikut:
12 Disember 2007 (22-681-2007 & 22-684-2007) & 29 Januari 2008(22-680-2007, 22-683-2007 & 22-686-2007). Kes-kes tersebut ditangguh pada 13 Mac, 2008 dan kemudian ditangguhkan lagi pada 12 Mei 2008. Sebab kes-kes yang ditangguh kerana plaintiff tidak sempat membawa kesemua baki kes-kes oleh penghuni lain yang kandungannya adalah sama ke Mahkamah Tinggi.

27/3/2008
Hakmilik sementara telah diperolehi, maka tanah lot PT 59(Lot tanah 698) ialah di atas nama Koperasi ini.


22 /5/ 2008
Sebelum itu Koperasi dan Syarikat Nusmetro memohon “summary judgement” untuk mendapat tanah dikosongkan(vacant possession) dan penghuni-penghuni membayar gantirugi disebabkan gagal dan tidak mahu keluar daripada tanah tersebut. Kes-kes tersebut ialah 22-681-2007,22-684-2007, 22-680-2007, 22-683-2007 & 22-686-2007. Tetapi Timbalan Pendaftar tidak bersedia memberi keputusan dan keputusan akan diberikan pada 22 Mei 2008. Pada tarikh tersebut Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk menolok permohonan Koperasi dan Pemaju untuk mendapat “vacant possession” ke atas tanah tersebut.

23/5/2008
Notis rayuan kepada Hakim Dalam Kamar terhadap keputusan Timbalan Pendaftar menolak permohonan koperasi dan pemaju.

10/11/2008
Yang Arif Tuan John O’Hara menolak rayuan Koperasi dan Nusmetro pada 10/11/2008

11/5/2009
Koperasi dan Syarikat Nusmetro memohon rayuan ke Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur dan hasil daripada rayuan tersebut keputusan adalah bagi pihak Koperasi dan Syarikat Nusmetro Venture(P) pada 11 Mei 2009. Penguam yang mewakili koperasi ialah Tetuan Presgrave & Matthews sementara peguam mewakil penduduk ialah Tetuan Cecil Regendra. Keputusan memerintahkan penduduk-penduduk menyerahkan milikan kosong premis dan tanah berkaitan kepada Koperasi dalam masa sebulan dari 11/5/2009.

4/6/2009
Pihak penduduk memohon pengurusan kes yang difailkan oleh Tetuan Hakem Arabi & Associates. Pengurusan kes telah ditetapkan pada 16/6/2009, jam 2.30 ptg. Dihadapan Timbalan Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Aras 2, Istana Kehakiman, Putrajaya.

16/6/2009
Koperasi dan Syarikat Nusmetro telah memperolehi Perintah untuk kebenaran mengeluarkan perlaksanaan.

22/6/2009
Memandangkan tempoh yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia telah luput dari plaintif(penduduk-penduduk Lorong Buah Pala) masih enggan mengosongkan premis dan tanah berkaitan maka Koperasi dan pemaju menfailkan writ pemilikan untuk tujuan memperolehi milikan tanah dan tanah berkaitan.

26/6/2009
(1) Permohonan daripada Nusmetro kepada ACP Azam B. Abdul Hamid bagi mendapatkan kawalan keselamatan untuk tujuan

(i) mengemaskan tempat dan tapak unit rumah untuk pemilik TOL yang telah bersetuju dengan perjanjian pampasan dan seterusnya sudah pindah keluar dari tapak.

(ii) Memasang “hoarding” di atas sempadan tanah.

Tetapi telah dinasihat untuk perkara ditangguhkan.

30/6/2009
Permohonan oleh Tetuan Presgrave & Matthews ke Timbalan Pendaftar Pulau Pinang untuk perlaksanaan.

2/7/2009
Notis untuk ditampal di premis-premis kawasan lorong buah pala diperolehi dan 4 bail lift telah menampal di luar kawasan squatters dan memaklumkan segelintir penduduk-penduduk tidak memberi kerjasama dengan bail lift.

9/7/2009
Koperasi terima saman dalam kamar daripada Tetuan Darshan Singh & Co. yang mewakili penduduk-penduduk lorong buah pala dengan hujahan-hujahan daripada tetuan tersebut. Ulasan-ulasan hujahan telah dibuat oleh Tetuan Presgrave & Matthew dan Afidavit dan jawapan terhadap hujahan-hujahan ditandatangani oleh Pengerusi Koperasi. Keputusan ditangguh pada 16 Julai 2009 pada pukul 11.00 pagi.
16/7/2009
Hujahan dari tetuan Darshan Singh & Co. dan Tetuan Presgrave & Matthew bermula pada pukul 11.00 pg dan bersambung pada sebelah petang.Setelah mendengar hujahan mahkamah memutuskan untuk menolak saman tersebut.
20/7/2009
Tetuan Darshan Singh & Co. telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan rayuan tersebut didengar pada 22/7/2009 jam 9.00 pg.

23/7/2009
Yang Arif Tuan John O’Hara telah menolak rayuan yang telah dibuat oleh Tetuan Darshan Singh & Co terhadap keputusan mahkamah dibuat oleh Timbalan Pendaftar mahkamah tinggi pada 16 Julai 2009 yang memihak kepada Koperasi.
29/7/2009
Tetuan Darshan Sigh & Co. membuat permohonan mengenepikan Writ saman pemilikan tanah bagi kali ke 3.
30/7/2009
Hakim Datuk John Louis O'hara juga turut menolak dengan kos permohonan penduduk bagi penangguhan pelaksanaan writ itu.

PEMBANGUNAN KG BUAH PALA

Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad telah ditubuhkan pada 16 Mac, 1925 . Anggota koperasi ini ialah seramai 3,500 orang dan anggota-anggotanya adalah terdiri dari pegawai kerajaan yang berbilang kaum dan berkhidmat di pelbagai jabatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Anggota koperasi adalah merupakan rakyat negeri Pulau Pinang dan sebagai pengundi berdaftar bagi negeri Pulau Pinang amnya dan dun Seri Delima khususnya bagi mewakili kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Semenjak daripada tahun 1925 (lebih kurang 84 tahun) sehingga kini koperasi ini bersama-sama dengan anggota-anggotanya telah banyak memberi sumbangan perkhidmatan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan keseluruhan rakyat negeri ini.

Koperasi ini menjalankan aktiviti kredit dan membantu menyelesaikan masalah anggota-anggotanya. Hasil daripada keuntungan diperolehi, koperasi memberi sumbangan kepada anggota-anggota melalui dividen dan di samping itu beberapa aktiviti-aktiviti kebajikan dijalankan juga untuk anggota-anggota koperasi.

Kami ingin memaklumkan bahawa proses permohonan tanah oleh koperasi berlaku semenjak tahun 1997 dan permohonan adalah secara ikhlas dan tiada unsur rasuah dan penipuan ataupun frod kerana ianya melalui permohonan yang sah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu.

Justeru itu pada tahun 1998 koperasi ini bercadang mempelbagaikan perniagaan sehingga koperasi memohon sebidang tanah di lot 336, Seksyen 19, Bandar Georgetown, DTL, seluas 27,116 kp@ 2,519.13 M2 (Iaitu tanah yang sekarang ini digunakan untuk pembinaan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sebelah Dewan Sri Pinang) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu telah meluluskan permohonan koperasi untuk memberimilik tanah kerajaan tersebut kepada Koperasi pada 25 Ogos 1998. Walau bagaimanapun atas kepentingan kerajaan disebabkan tidak cukup keluasan tanah untuk membina dan memperluaskan mahkamah tinggi tersebut maka tanah itu diserahkan balik kepada Kerajaan Negeri untuk membina Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Dan kerajaan negeri berbincang dan berjanji akan gantikan tanah yang lain untuk koperasi.

Pada tahun 2001 koperasi diminta membuat permohonan bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk memohon tanah di atas lot 698, Bandar Gelugor, Daerah Timur Laut, seluar 2.630 hektar untuk tujuan pembangunan perumahan sebagai menggantikan lot 336, Seksyen 19, Bandar Georgetown, Pulau Pinang.

Sekitar Jun 2005, kelulusan permohonan pemberian milik tanah di Lot 698, Bandar Gelugor, DTL, Pulau Pinang seluas 6.5 ekar diterima dan diberikan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad.

Pada tahun 2005 juga Koperasi memulakan menawarkan kepada pemaju-pemaju yang berminat untuk membangunkan tanah tersebut.

Daripada 17 kertas cadangan(proposal) daripada pemaju-pemaju disenarai pendek hanya lima syarikat didapati berwibawa dan dibawa dalam Mesyuarat untuk pemilihan dan Lembaga mencadangkan kelima-lima pemaju yang terpilih untuk pemilihan terakhir dalam Mesyuarat Agung Khas nanti.

Pemilihan syarikat-syarikat ini dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Khas yang diadakan pada 24 September 2005 dan Anggota-anggota perwakilan memutuskan Syarikat Nusmetro Venture(P) Berhad untuk membangunkan tanah tersebut.

Berdasarkan perkara ini kami sekali lagi memaklumkan proses permohonan tanah tersebut adalah mengikut proses yang betul serta mengikut peraturan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan koperasi tidak terlibat langsung dengan penipuan, frod atau rasuah bagi mendapatkan tanah tersebut.

Malangnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini telah membuat tuduhan yang tidak berasas walaupun sebagai badan koperasi kami tidak mengamalkan penipuan dan rasuah. Kami memohon dengan niat yang ikhlas bagi membangunkan koperasi dan anggota-anggota koperasi ini dan sekaligus membantu pembangunan Ekonomi Negeri Pulau Pinang.

Kami percaya dan yakin dapat membantu memajukan Negeri Pulau Pinang kerana dengan pembangunan ini akan menambahkan ekonomi rakyat Negeri ini dan juga memberi pendapatan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara tidak langsung.

Walau bagaimanapun, kami sungguh dukacita dan terkilan dengan sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak mengambil alih Pulau Pinang kerana telah menuduhkan koperasi ini bermacam-macam dan menaruh prasangka buruk kepada koperasi dan perkara ini berlarutan walaupun kami terpaksa ke Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan tetapi akhirnya keputusan memihak kepada kami.

Sehubungan dengan ini kami sungguh hairan mengapa bermacam-macam tohmahan dilontarkan terhadap kami walaupun kami memperolehi keputusan mahkamah yang mana koperasi merupakan pemilik yang sah di atas tanah tersebut.


Pihak penduduk telah bersetuju bersama-sama dengan koperasi untuk menyelesaikan kes ini di mahkamah setelah perbincangan awal bersama Pegawai Daerah, Adun Seri Delima, penduduk dan koperasi gagal mencapai kata sepakat berkenaan perkara tersebut. Oleh itu kedua-dua pihak harus bertanggungjawab terhadap segala kerugian yang akan ditanggung oleh kedua-dua pihak.Tohmahan menyatakan koperasi diskriminasi terhadap penduduk adalah tidak benar kerana kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di mahkhamah. Institusi kehakiman merupakan badan yang dihormati di negara kita dan sebarang pencabulan terhadap badan tersebut merupakan penghinaan pada badan tersebut. Kami menyeru semua pihak supaya menghormati keputusan badan tersebut bagi menjamin keadilan pada semua pihak.

Perkara ini merupakan tuduhan tanpa alasan dan boleh menyebabkan koperasi mengambil tindakan undang-undang nanti terhadap kesemua pihak yang terlibat khususnya apabila tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyebabkan kami terdedah kepada tindakan undang-undang oleh pembeli-pembeli yang telah menandatangani perjanjian jual beli dengan kami dan pihak Pemaju serta juga tindakan oleh pihak kontraktor projek.

Disebabkan kami menghormati Ketua Menteri kami dan bersetuju sebelum memberi notis mahkamah untuk milikan kosong premis-premis di Kampung Buah Pala pada tempoh hari itu. Atas keperihatinan serta menghormati permintaan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Timbalan Ketua Menteri 2 maka kami pun memberi tempoh untuk melanjutkan tarikh mendapatkan milikan kosong ke 3 Ogos 2009 iaitu sebulan daripada tarikh melekatkan notis pada 2 Julai 2009 kerana ingin memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk berbincang dengan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala ini bagi mencapai satu penyelesaian secara aman.

Kami berharap dapatlah Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini mengambil langkah-langkah yang adil untuk semua pihak sebab kerajaan seharusnya membuat keputusan bagi kebaikan semua lapisan rakyat dan tidak mengabaikan satu bahagian rakyat untuk sebahagian yang lain.

Kami menyeru kepada Koperasi-koperasi di seluruh Negara dapat memberi sokongan di atas usaha-usaha kami demi kejayaan koperasi ini.