Tuesday, July 21, 2009

KRONOLOGI PEMBANGUNAN KG BUAH PALA


1997
Pihak Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon tanah kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas Lot 336, Seksyen 19, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, seluas 27,116 kp @ 2,519.13 m2.

17/7/1998
Pihak Berkuasa Negeri pada 1/7/1998 dan disahkan pada 8/7/1998 telah meluluskan pemberian milik tanah kerajaan kepada koperasi dengan bayaran premium sebanyak 5,793,999.00.


Pada 25 Ogos 1998 surat daripada pejabat tanah dan daerah timur laut, pulau pinang menghantar surat kelulusan pemberian milik tanah kerajaan kepada koperasi. Beberapa siri surat susulan menyatakan hasrat rayuan mengurangkan premium tanah sejumlah RM5,793,999.00 pada 21 Okt, 1998, 7 Jan, 1999 dan 9 Sept, 1999.

11/07/2001
Pihak Berkuasa Negeri mohon semula tanah yang telah diberikan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana untuk membangun Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Negeri Pulau Pinang menghadapi masalah tidak mencukupi tanah untuk tujuan pembinaan.

Dalam masa yang sama minit mesyuarat exco memberitahu pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menggantikan tanah tersebut dengan tanah lot 698, Bandar Gelugor, DTL, seluas 2.630 hektar(6.5 ekar) untuk tujuan pembangunan Perumahan sebagai menggantikan Lot 336, Seksyen 19, Bandar Georgetown.

Mei 2003
Sekitar tahun 2001 juga Koperasi memohon tanah kerajaan iaitu lot 698, Bandar Gelugor, DTL untuk tujuan pembangunan.
Lot 698 Bandar gelugor adalah pecahan dari Lot 209(3) akibat dari pengambilan yang dibuat oleh kerajaan untuk tujuan perumahan. Tanah tersebut dipecahkan kepada 1000 lot untuk tujuan perumahan dan bakinya menjadi lot 698 dengan keluasan 6.5 ekar.

Pihak pejabat Daerah memohon butir-butir cadangan pembangunan ke atas tanah tersebut.

Julai 2003
Kertas cadangan pembangunan tanah dimajukan kepada Pejabat Tanah & Galian Negeri Pulau Pinang menerusi Pejabat Tanah Dan Daerah Timur Laut, P.Pinang.

Mac 2004
Menyampaikan hasrat untuk membangunkan tanah tersebut oleh Koperasi secara usahasama dan tidak secara penswastaan dengan Kerajaan Negeri (UPEN)

23/8/2004
Mengikut bancian yang dibuat oleh pejabat DTL pada 23, 24 dan 25 Ogos 2004, seperti beirikut:-
42 buah rumah ( 32 ada tol )
85 keluarga
76 India & 9 Melayu
India seramai 307 orang dan Melayu 35 orang

27/9/2004
Pada 27 September 2004 koperasi terima surat kelulusan pemberimilikan daripada pej. Tanah dan DTL, Pulau Pinang.

Kelulusan tanah diperolehi tetapi ditangguhkan oleh Exco kerana permintaan ADUN kawasan tersebut atas alasan setinggan(pemegang tol)

12/7/2005
Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah terima surat kelulusan daripada Pejabat

Lesen pendudukan sementara telah dibatalkan dan pembayaran sambung tempoh lesen LPS dihentikan sejak tahun 2006

5/2/2007
Sehingga
29/8/2007

(i) Surat-surat notis mengosongkan premis/tanah telah dihantarkan kepada semua penghuni tapak di Lot 698 seperti dibawah:


(ii) Surat/Notis pertama pada 5/2/2007 dengan hanya 8 penghuni tapak yang menerima notis yang bakinya enggan terima ( dilampirkan bersama surat tawaran.)


(iii) Surat notis kedua pada 30/5/2007 ( dilampirkan bersama surat tawaran)
( surat notis diterima oleh wakil Pengerusi JKKK/MIC)

Surat/Notis ketiga pada 29 Ogos 2007
( 19 terima dengan tandatangan bukti terima)
7 terima tapi enggan tandatangan bukti terima
6 ditampal di pintu rumah dan 10 enggan terima dan dimasukkan ke
Dalam peti surat )

12/12/2007 hingga 12/5/2008
Notis “mention” di Mahkamah Tinggi telah dibuat oleh penghuni-penghuni Lot 698, Bukit Gelugor diadakan pada tarikh-tarikh seperti berikut:
12 Disember 2007 (22-681-2007 & 22-684-2007) & 29 Januari 2008(22-680-2007, 22-683-2007 & 22-686-2007). Kes-kes tersebut ditangguh pada 13 Mac, 2008 dan kemudian ditangguhkan lagi pada 12 Mei 2008. Sebab kes-kes yang ditangguh kerana plaintiff tidak sempat membawa kesemua baki kes-kes oleh penghuni lain yang kandungannya adalah sama ke Mahkamah Tinggi.

27/3/2008
Hakmilik sementara telah diperolehi, maka tanah lot PT 59(Lot tanah 698) ialah di atas nama Koperasi ini.


22 /5/ 2008
Sebelum itu Koperasi dan Syarikat Nusmetro memohon “summary judgement” untuk mendapat tanah dikosongkan(vacant possession) dan penghuni-penghuni membayar gantirugi disebabkan gagal dan tidak mahu keluar daripada tanah tersebut. Kes-kes tersebut ialah 22-681-2007,22-684-2007, 22-680-2007, 22-683-2007 & 22-686-2007. Tetapi Timbalan Pendaftar tidak bersedia memberi keputusan dan keputusan akan diberikan pada 22 Mei 2008. Pada tarikh tersebut Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk menolok permohonan Koperasi dan Pemaju untuk mendapat “vacant possession” ke atas tanah tersebut.

23/5/2008
Notis rayuan kepada Hakim Dalam Kamar terhadap keputusan Timbalan Pendaftar menolak permohonan koperasi dan pemaju.

10/11/2008
Yang Arif Tuan John O’Hara menolak rayuan Koperasi dan Nusmetro pada 10/11/2008

11/5/2009
Koperasi dan Syarikat Nusmetro memohon rayuan ke Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur dan hasil daripada rayuan tersebut keputusan adalah bagi pihak Koperasi dan Syarikat Nusmetro Venture(P) pada 11 Mei 2009. Penguam yang mewakili koperasi ialah Tetuan Presgrave & Matthews sementara peguam mewakil penduduk ialah Tetuan Cecil Regendra. Keputusan memerintahkan penduduk-penduduk menyerahkan milikan kosong premis dan tanah berkaitan kepada Koperasi dalam masa sebulan dari 11/5/2009.

4/6/2009
Pihak penduduk memohon pengurusan kes yang difailkan oleh Tetuan Hakem Arabi & Associates. Pengurusan kes telah ditetapkan pada 16/6/2009, jam 2.30 ptg. Dihadapan Timbalan Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Aras 2, Istana Kehakiman, Putrajaya.

16/6/2009
Koperasi dan Syarikat Nusmetro telah memperolehi Perintah untuk kebenaran mengeluarkan perlaksanaan.

22/6/2009
Memandangkan tempoh yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia telah luput dari plaintif(penduduk-penduduk Lorong Buah Pala) masih enggan mengosongkan premis dan tanah berkaitan maka Koperasi dan pemaju menfailkan writ pemilikan untuk tujuan memperolehi milikan tanah dan tanah berkaitan.

26/6/2009
(1) Permohonan daripada Nusmetro kepada ACP Azam B. Abdul Hamid bagi mendapatkan kawalan keselamatan untuk tujuan

(i) mengemaskan tempat dan tapak unit rumah untuk pemilik TOL yang telah bersetuju dengan perjanjian pampasan dan seterusnya sudah pindah keluar dari tapak.

(ii) Memasang “hoarding” di atas sempadan tanah.

Tetapi telah dinasihat untuk perkara ditangguhkan.

30/6/2009
Permohonan oleh Tetuan Presgrave & Matthews ke Timbalan Pendaftar Pulau Pinang untuk perlaksanaan.

2/7/2009
Notis untuk ditampal di premis-premis kawasan lorong buah pala diperolehi dan 4 bail lift telah menampal di luar kawasan squatters dan memaklumkan segelintir penduduk-penduduk tidak memberi kerjasama dengan bail lift.

9/7/2009
Koperasi terima saman dalam kamar daripada Tetuan Darshan Singh & Co. yang mewakili penduduk-penduduk lorong buah pala dengan hujahan-hujahan daripada tetuan tersebut. Ulasan-ulasan hujahan telah dibuat oleh Tetuan Presgrave & Matthew dan Afidavit dan jawapan terhadap hujahan-hujahan ditandatangani oleh Pengerusi Koperasi. Keputusan ditangguh pada 16 Julai 2009 pada pukul 11.00 pagi.
16/7/2009
Hujahan dari tetuan Darshan Singh & Co. dan Tetuan Presgrave & Matthew bermula pada pukul 11.00 pg dan bersambung pada sebelah petang.Setelah mendengar hujahan mahkamah memutuskan untuk menolak saman tersebut.
20/7/2009
Tetuan Darshan Singh & Co. telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan rayuan tersebut didengar pada 22/7/2009 jam 9.00 pg.

23/7/2009
Yang Arif Tuan John O’Hara telah menolak rayuan yang telah dibuat oleh Tetuan Darshan Singh & Co terhadap keputusan mahkamah dibuat oleh Timbalan Pendaftar mahkamah tinggi pada 16 Julai 2009 yang memihak kepada Koperasi.
29/7/2009
Tetuan Darshan Sigh & Co. membuat permohonan mengenepikan Writ saman pemilikan tanah bagi kali ke 3.
30/7/2009
Hakim Datuk John Louis O'hara juga turut menolak dengan kos permohonan penduduk bagi penangguhan pelaksanaan writ itu.

1 comment:

  1. KEHKEHKEHKEH SEKURANG-KURANGNYA SELAMA 52 TAHUN BN PERINTAH, PENDUDUK KG BUAH PALA MASIH BLH DUDUK LG SAMPAI LAH PAKATAN ROSAK AMIK ALIH KERAJAAN NEGERI DGN JANJI2 TAIK KUCING PRU12 KONON2NYA BOLEH SELESAIKAN MSLH PENDUDUK TANPA PERLU BERPINDAH DR TANAH MEREKA.

    SKRG TENGOK APE JADI??. JANJI KEMANA?..KNP MASIH NAK HALAU LG?? KLU NAK BG RUMAH SEKALI PUN, MCM PLAK DGN KEHIDUPAN MEREKA SELEPAS TU?. BINATANG TERNAKAN MEREKA MANE NAK CAMPAK? BELA KT DEPAN RUMAH KETUA MENTERI KERR? KEHKEHKEH. NK BG PAMPASAN MMG SNANG TP PIKIR LA PSL PERIUK NASI MEREKA JUGAK!. RATA2 ORG KT SITU SEMUA BERGANTUNG PD KEJE KAMPUNG KEHKEHKEH..SKRG LU PIKIR LA SENDIRI. NAK HALAU KERAJAAN PAKATAN KE ATAU PENDUDUK KG BUAH PALA?

    ReplyDelete