Thursday, July 23, 2009

Suara Keadilan 14-21 Julai 2009


Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi b. Yusof berkenaan koperasi menjual tanah Kg Buah Pala kepada pemaju Nusmetro Venture Sdn. Bhd dengan harga Rm10 sekaki persegi berbanding Rm80-Rm100 sekaki persegi adalah tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.

Memang benar tanah tersebut tidak mengikut harga pasaran dan ia lebih kepada anugerah kepada koperasi bagi meningkatkan ekonomi dan mengantikan tanah lot 336 (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang). Sekiranya tanah tersebut mengikut harga pasaran mana mungkin pemaju dapat menyediakan rumah kos sederhana rendah(LMC) 650kp (249 unit) dan rumah kos sederhara 700kp (491 unit) untuk rakyat negeri PulauPinang. Sekiranya harga tanah mahal sudah tentu harga rumah akan melambung tinggi dan rakyat yang berpendapatan rendah sukar untuk memiliki rumah tersebut.

Koperasi merupakan tuan tanah yang telah menjalankan projek usahasama dengan Nusmetro Venture Sdn. Bhd dan bukannya menjual tanah lot 698 kepada pemaju seperti yang dimaksudkan. Bukti menunjukkan geran adalah nama Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang sebagai pemegang hakmilik sementara bagi lot 698.
Beliau juga mengeluarkan fakta yang tidak benar dengan menyatakan pemberimilikan tanah kepada koperasi adalah sebuah badan yang diketogerikan tidak boleh menjana pendapatan (Non-income generating). Ini merupakan suatu kenyataan yang tidak merujuk kepada fakta kerana koperasi merupakan penyumbang 1% kepada KDNK negara pada tahun 2008.Pada tahun 2013 SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) mensasarkan 4% kadar sumbangan kepada KNDK negara.

Keuntungan daripada pembangunan projek tersebut boleh disalurkan melalui dividen kepada anggota dan merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri Pulau Pinang penjualan rumah LMC dan sederhana kepada rakyat.Ini merupakan suatu yang menguntungkan kerajaan negeri yang dipimpin pakatan rakyat.

Beliau juga harus sedar bahawa anggota koperasi juga mempunyai jumlah yang ramai iaitu 3500 orang dan sudah tentu perkara ini tidak akan dibiarkan oleh anggota sekiranya keadilan tidak ditegakkan dengan betul. Janganlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Ia bukan sahaja merosokan kelambu tetapi rumah juga turut terbakar.

No comments:

Post a Comment