Tuesday, May 15, 2012

Geoege Town 12 Mei 2012 bertempat di Hotel Gurney Pulau Pinang telah berlangsung Mesyuarat Agong Perwakilan Ke 84 Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad.Seramai 136 perwakilan telah hadir pada mesyuarat tersebut.Turut hadir pada mesyuarat tersebut Pegawai SKM Pn Rozaini dan mantan pengerusi koperasi En Abdul Razak B. Mansor.

Saturday, April 14, 2012

PENGIRAAN UNDI PERWAKILAN KAWASAN SEBERANG PERAI 2/2012


Proses pengiraan undi perwakilan kawasan seberang perai 2/2012 sedang berlangsung di Safira Country Club. Pengiraan tesebut dijanka tamat sebelum 7 petang. Seramai 58 perwakilan bakal dipilih untuk mewakili mesyuarat agung pada 12 Mei 2012 yang akan diadakan di Hotel Berjaya Georgetown.

Perwakilan tersebut akan menentukan permilihan 5 anggota lembaga pengarah bagi penggal 2012/2015/, menerima akaun/ belanjawan, menerima usul usul yang dibentangkan.

MESYUARAT AGUNG KAWASAN SEBERANG PERAI 2/2012

12 April 2012 Seberang Jaya Pulau Pinang telah berlangsungya Mesyuarat Agong Kawasan Seberang Perai bertempat di Safira Country Club. Seramai 432 anggota telah hadir dan melebihi korom yang sepatutnya iaitu 387 sahaja.Pada mesyuarat kali ini beberapa usul akan dibentangkan untuk dibawa ke mesyuarat agung perwakilan pada 12 Mei 2012 dan seramai 58 anggota perwakilan akan dipilih.

Wednesday, April 11, 2012

MESYUARAT AGUNG KAWASAN PULAU PINANG 1/2012

11 Mei 2012 mesyuarat agung kawasan Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Seri Pinang yang telah dihadiri olah 671 anggota koperasi. Kehadiran ini adalah begitu mengalakkan dan merupakam satu rangsangan kepada koperasi bagi memajukan lagi Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang.Pada hari ini seramai 68 anggota perwakilan akan dipilih bagi ke Mesyuarat Agung Perwakilan pada 12 Mei 2012 Berjaya Hotel Pulau Pinang.

Sunday, April 1, 2012

Melaka 24 Mac 2012 telah diadakan kursus lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Biro Pendidikan Dan Keanggotaan ke Melaka dan Kuala Lumpur.

Kursus tersebut telah dihadiri oleh 109 anggota dari pelbagai jabatan kerajaan.Kursus ini amat memberi makna kepada ahli khususnya disamping program ramah mesra bersama anggota lembaga bagi mengetahui aktiviti aktiviti yang akan dijalan pada masa depan dan perancangan bagi memajukan koperasi.Kursus telah diadakan pada 24 - 26 Mac lalu dan berakhir dengan jayanya.

Thursday, February 2, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA & KUALA LUMPUR

ANJURAN BIRO PENDIDIKAN, KENAGGOTAAN DAN WANITA

Program :-

Tarikh : 24 - 26 Mac 2012 (3 Hari 2 Malam)

Bayaran : RM 50.00

Tarikh Tutup : 22 Februari 2012

Borang boleh didapai di web www.kpkpp.com.my

LAWATAN KE BANGKOK & PATAYA

ANKOP SDN BHD, Subsidari Koperasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad akan mengadakan pakej lawatan ke Bangkok dan Pataya 4 hari 3 malam.

Berikut adalah butiran program :-

Tarikh : 1 - 4 Jun 2012

Harga pakej : RM 1250.00

Deposit : RM 1000.00 (Tidak dikembalikan)

Tarikh Tutup : 29 Februari 2012

1 salinan fotostat dokuman pasport