Tuesday, January 25, 2011







Ankop anak syarikat Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan pakej lawatan ke Hatnyai, Krabi dan Phuket iaitu 5 hari 4 malam pada 20 Januari 2011 - 24 Januari 2011. Pakej tersebut disertai oleh seramai 42 orang peserta terdiri daripada anggota koperasi dan orang luar dengan bayaran RM 750 termasuk pengangkutan, penginapan dan makan.
Lawatan tersebut telah memberi banyak pengalaman kepada peserta dangan harga yang berpatutan.




Saturday, January 15, 2011

MAJLIS DERMASISWA 2011


15 Jan 2011 Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan majlis dermasiswa 2011 di Dewan Perak Plaza. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Koperasi En. Abdul Razak B. Mansor. Seramai 78 anak anggota koperasi mendapat dermasiswa tersebut terdiri daripada:-

1) Tingkatan 1 = 4

2) Tingkatan 2 = 4

3) Tingkatan 3 = 4

4) Tingkatan 4 = 8

5) Tingkatan 5 = 9

6) Tingkatan 6 = 5

7) IPT/IPTS = 44

Pemberian dermasiswa tersebut melibatkan perbelanjaan RM 35,000. Majlis penyampaian tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna. Ucapan terima kasih kepada En. Shukur B. Hashim selaku pengerusi biro dan jawatankuasa biro yang telah menjayakan majlis tersebut.

Wednesday, January 12, 2011

PROGRAM BIRO PENDIDIKAN 2011

1) Lawatan Sambil Belajar

Tarikh : 14 Mei 2011 - 16 Mei 2011
Tempat : Kelantan Dan Terangganu
Hubungi : 04-263882/2632833

2) Seminar Pendidikan

Tarikh : 18 Julai 2011
Tempat : Dewan Perak Plaza (Tingkat 4)
Peserta : 40 orang
Hubungi : 04-263882/2632833

3) Seminar Usahawan

Tarikh : 3 Oktober 2011
Tempat : Dewan Perak Plaza (Tingkat 4)
Peserta : 40 orang
Hubungi : 04-263882/2632833

Tuesday, January 11, 2011

PROGRAM BIRO PEMBANGUNAN WANITA 2011

1) Kelas Anyaman Bakul Kertas Dan Deco Art

Tarikh : 12 Februari 2011
Tempat : Dewan Perak Plaza (Tingkat 4)
Bayaran : RM 30 Ahli/RM 70 Bukan Ahli
Tarikh Tutup : 31 Januari 2011
Hubungi : 04-263882/2632833

2) Kelas Masakan Kueh Tradisional

Tarikh : 26 Februari 2011
Tempat : Dewan Perak Plaza (Tingkat 4)
Bayaran : RM 30 Ahli/RM 70 Bukan Ahli
Tarikh Tutup : 11 Februari 2011
Hubungi : 04-263882/2632833

Penyertaan adalah terhad kepada 30 peserta terawal sahaja.