Thursday, July 23, 2009

Lot 336, Seksyen 19, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut



Bangunan ini adalah bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di atas lot 336 Seksyen 19, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut yang telah diberimilik kepada pihak koperasi pada 1998 dgn premium RM 5,793,999.00.

Pada 2001 atas keperihatinan koperasi kepada kerajaan negeri, pihak koperasi bersetuju menyerahkan semula tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri kerana kerajaan negeri menghadapi masalah untuk membesarkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Kerajaan negeri pada ketika itu bersetuju untuk mengantikan semula dengan tanah lain. Kerajaan negeri pada masa tersebut telah bersetuju untuk menyerahkan tanah lot 698, Bandar Gelugor, DTL kepada koperasi bagi tujuan pembangunan.

Pihak koperasi selama ini membuat keputusan untuk berdiam diri bagi menghormati peduduk Kg Buah Pala sehingga kes mahkamah selesai. Walaubagainapun isu ini telah diperbesarkan dan telah menjadi isu nasional dan bermacam-macam prasangka buruk terhadap koperasi telah dilemparkan oleh pelbagai pihak.
Oleh itu pihak koperasi terpaksa menjawab segala tuduhan bagi membersihkan imej Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merupakan koperasi tertua di negeri ini dan telah banyak membuat sumbangan kepada negeri amnya dan anggota khususnya.
Pihak koperasi menyeru gerakan koperasi seluruh negara memberikan sokongan moral kepada kami untuk meneruskan projek pembangunan di Kg Buah Pala.


No comments:

Post a Comment